Wednesday, August 26, 2015

UMNO BAHAGIAN LENGGONG MERAIKAN BAKAL JEMAAH HAJI TAHUN 2015 DI BAWAH PARLIMEN LENGGONG





Pada 23 Ogos  2015 bertempat di Masjid Kampung Gelok, BIRO AGAMA UMNO Bahagian Lenggong  mengadakan Majlis Bacaan Yasin,Tahlil, Doa selamat dan solat hajat untuk bakal Hajji dan bakal Hajjah , pada semua Jemaah yang bakal menunaikan fardhu Hajiji ke Mekah yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah.
Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi, ini telah dihadiri oleh sebahagian besar pegawai dan kakitangan MASJID JUGA Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian 4 peringkat, Ketua – ketua kampong, ketua – ketua UMNO Cawangan serta para jemaah Masjid ini.
Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil tersebut diketuai oleh Al-Fadhil Us. Sabri bin Salleh yang juga Imam Masjid Gelok ini.
Pada majlis tersebut Yang Berhormat DAto Haji Saarani bin Mohamad Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan berpesan agar semua jemaah perlu menjaga kesihatan supaya  dan dapat mengumpul  tenaga untuk menunaikan ibadah Haji nanti.
Disamping itu Tuan Haji Muhammad bin Muhammad selaku Pengerusi Biro Agama juga meningatkan agar para jemaah  mengambil peluang keemasan dengan berdoa serta melakukan solat sunat di lokasi yang begitu mujarab untuk berdoa seperti di Raudhah di Madina Munwarah serta kawasan terpilih  di sekeliling kaabah di Mekah Mukaramah nanti.  Para jemaah bolehlah merujuk pada pembimbang yang disediakan oleh Lembag Urusan Tabung Haji apabila sampai ke tanah suci nanti.
Majlis di akhiri dengan penyampaiaan sedikit wang saku oleh YB Dato Haji Saarani, Dato Mohd Tarmizi Idris dan Dato Shamsul Anuar Haji Nasarah pada seramai 30 orang Jemaah yang hadir dalam majlis ini.
Bersama lah kita mendoakan  ibadah haji Semua para jemaah ini mendapat Haji yang babrur