Pada 23 Ogos 2015 bertempat
di Masjid Kampung Gelok, BIRO AGAMA UMNO Bahagian Lenggong mengadakan Majlis Bacaan Yasin,Tahlil, Doa
selamat dan solat hajat untuk bakal Hajji dan bakal Hajjah , pada semua Jemaah
yang bakal menunaikan fardhu Hajiji ke Mekah yang akan berangkat ke Tanah Suci
Mekah.
Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi, ini telah dihadiri oleh
sebahagian besar pegawai dan kakitangan MASJID JUGA Ahli Jawatankuasa UMNO
Bahagian 4 peringkat, Ketua – ketua kampong, ketua – ketua UMNO Cawangan serta
para jemaah Masjid ini.
Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil tersebut diketuai oleh Al-Fadhil
Us. Sabri bin Salleh yang juga Imam Masjid Gelok ini.
Pada majlis tersebut Yang Berhormat DAto Haji Saarani bin Mohamad
Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan berpesan agar semua jemaah perlu menjaga
kesihatan supaya dan dapat mengumpul tenaga untuk menunaikan ibadah Haji nanti.
Disamping itu Tuan Haji Muhammad bin Muhammad selaku Pengerusi
Biro Agama juga meningatkan agar para jemaah
mengambil peluang keemasan dengan berdoa serta melakukan solat sunat di
lokasi yang begitu mujarab untuk berdoa seperti di Raudhah di Madina Munwarah serta
kawasan terpilih di sekeliling kaabah di
Mekah Mukaramah nanti. Para jemaah bolehlah
merujuk pada pembimbang yang disediakan oleh Lembag Urusan Tabung Haji apabila
sampai ke tanah suci nanti.
Majlis di akhiri dengan penyampaiaan sedikit wang saku oleh YB
Dato Haji Saarani, Dato Mohd Tarmizi Idris dan Dato Shamsul Anuar Haji Nasarah
pada seramai 30 orang Jemaah yang hadir dalam majlis ini.
Bersama lah kita mendoakan
ibadah haji Semua para jemaah ini mendapat Haji yang babrur
No comments:
Post a Comment