Menjunjung Kasih Merafak Sembah Duli YTM Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah ke Acara Pelepasan Kejohanan PERAK AMANJAYA INTERNATIONAL ECO ADVENTURE '09 DI Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, Gerik, Perak Darul Ridzuan
Saturday, December 5, 2009
YAB Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dalam ucapan alu-aluan mengharapkan bahawa acara sukan lasak ini akan diteruskan pada setiap tahun dan YAB juga akan menjadikan program ini sebagai Program kelas pertama. Terima Kasih pada Penganjur kerana memilih Perak dan ini akan memberi peluang pada Perak untuk mempromosikan produk pelancongan negeri dibawah saluran sukan ESPN StarWorld.
ECO ADVENTURE 09
Ahli-ahli UMNO di Bahagian Lenggong serta AJK Bahagian serta ketiga-tiga sayap sempat berada di Majlis Eco-Adventure. Beberapa keping foto yang sempat dirakam adalah merupakan antara ahli-ahli UMNO di Bahagian ini yang beraksi dengan ragam masing-masing. Sehinggakan dalam bas pun sempat mengadakan perbicangan kecil. Tidak lepaskan peluang juga antara ahli yang berbincang dengan YB Ketua UMNO Bahagian Lenggong sambil berdiri. Rakaman foto juga dibuat keatas Duli YTM Tuanku Raja Muda dengan staf serta kakitangan Belum Resort. Resort ini merupakan antara Resort yang bertaraf five star.