Saturday, December 5, 2009

Ahli-ahli UMNO di Bahagian Lenggong serta AJK Bahagian dan ketiga-tiga sayap sempat berada di Majlis Eco-Adventure. Beberapa posing foto yang sempat dirakam adalah merupakan antara ahli-ahli UMNO di Bahagian ini yang beraksi dengan gaya masing-masing. Walau pun berada dalam bas masih sempat mengadakan perbicangan untuk faedah masyarakat. Tidak lepaskan peluang juga antara ahli yang berbincang dengan YB Ketua UMNO Bahagian Lenggong sambil berdiri. Post foto juga dibuat keatas Duli YTM Tuanku Raja Muda Perak dengan staf serta kakitangan Belum Resort. Resort ini merupakan antara Resort yang bertaraf five star.
YAB Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dalam ucapan alu-aluan mengharapkan bahawa acara sukan lasak ini akan diteruskan pada setiap tahun dan YAB juga akan menjadikan program ini sebagai Program kelas pertama. Terima Kasih pada Penganjur kerana memilih Perak dan ini akan memberi peluang pada Perak untuk mempromosikan produk pelancongan negeri dibawah saluran sukan ESPN StarWorld.

No comments:

Post a Comment