Saturday, December 5, 2009

ECO ADVENTURE 09

Ahli-ahli UMNO di Bahagian Lenggong serta AJK Bahagian serta ketiga-tiga sayap sempat berada di Majlis Eco-Adventure. Beberapa keping foto yang sempat dirakam adalah merupakan antara ahli-ahli UMNO di Bahagian ini yang beraksi dengan ragam masing-masing. Sehinggakan dalam bas pun sempat mengadakan perbicangan kecil. Tidak lepaskan peluang juga antara ahli yang berbincang dengan YB Ketua UMNO Bahagian Lenggong sambil berdiri. Rakaman foto juga dibuat keatas Duli YTM Tuanku Raja Muda dengan staf serta kakitangan Belum Resort. Resort ini merupakan antara Resort yang bertaraf five star.

YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dr. Zambry sempat memberi ucapan alu-aluan dan menaruh harapan bahawa acara sukan lasak ini akan diteruskan pada setiap tahun dan YAB juga akan menjadikan program ini sebagai Program kelas pertama. Terima Kasih pada Penganjur kerana memilih Perak dan ini akan memberi peluang pada Perak untuk mempromosikan produk pelancongan negeri dibawah saluran sukan ESPN StarWorld

No comments:

Post a Comment